Thursday, March 19, 2009

Kota Bharu-Cerita 1

P3140107

mak cik-2 buat solok lada...

Mmm... sepatutnya ada meeting pada petang ini, memandangkan quarom cukup, cuma bos lak takde, jadi terpaksalah ditangguhkan ke satu tarikh lain, paperwork yang nak masuk banyak lak tuw. Esok pula ada jemputan di kolej (anak syarikat) katanya ada progam menandatangai MOU. Kalu bos benarkan boleh makan free pagi esok.

Kembali cerita Kota Bharu, Pok Nik, Zam, EMbun, Mi dan aku bergerak dari kuarters selepas solat Isyak, dalam 8.45 malam menggunakan hiway PLUS. Sempat berhenti mengisi perut di RnR Dataran Sungai perak, berhenti lagi untuk ke tandas di pekan Grik, di Puncak (hiway timur Barat) dan di Pekan Tanah Merah. Kami tiba di Pulau Melaka (Kawasan Tok Guru) Kota Bharu tepat jam 3 pagi.

My creation

Gotong-royong weh...

Jam 8.30 pagi kami ke rumah sepupu Pok Nik yang akan melangsungkan kenduri, kampungnya aku tak ingat sangat nama. Mula-mula Panda ingat nak datang makan jer...rupanya kena bertungkus lumus sama. Dah lama Panda tak tunjukkan skill chef yang terpendam dalam diri ini.... kami diberi kepercayaan penuh oleh makcik2 dan pakcik2 kat sini.. SIap offer gadis2 tempatan untuk dibawa pulang (macam tipu jer kenyataan ini..tak caya xper)

My creation

Petangnya, selepas menukar uniform kami kembali kerumah kenduri dan menunggu ketibaan pengantin lelaki. Nampak macam bestnyer kawin ngan polis, siap berbaris pakai pedang lagi. Katanya inspektor, yang pompuan keja kat Putrajaya. Ni di kira macthing orang Kedah dan Kelantan. Ok lak... Sepanjang Hari Hujan... Hujan Pengantin...Suker la tuw..

Petangnya kami terus mencari hotel yang besesuaian untuk didiami, malangnya hotel utama telah penuh dan rezeki masih ada, exclassmate aku tetiba muncul ntah dari mana dan dia merekemenkan KB Guesthouse dengan charge dari RM35/room. Apa yang bestnya, siap dia telefon towke KB guesthouse tu untuk pickup kita orang. Pics guesthouse tak dapat diadakan disini kerana takde abik pics pun. klu nak nombor phone boleh hubungi Panda.

My creation

Ketupat Periuk kera, Nasi Tumpang & Laksa

Selepas checkin.. kami telah bergerak ke Stadium Kota Bharu untuk menyaksikan pesta makanan Kelantan. Memang hapening, walaupun tak ler sedap mana makanan yang di jual di situ. Baik beli kat Pasar Besar siti Khatijah...Cuma banyaklah makanan pelik-pelik, yang bestnya makanan dari tempat asal Panda, Rompin pun ada di pamerkan dan di jual, iaitu ketupat periuk kera. Walhal kat Rompin takdernye dijual dimerata-rata kecuali di expo-expo besar sahaja...

Malam, kami makan ayam percik Kelantan di Yati Ayam Percik, dok Kota Bahru ni asyik makan je..macamana la Panda nak kurus yerk..

1 comment:

  1. jom gune widget radiobox ni,..
    kecik tapi ade macam2,..
    music video pun ade!..

    www.radioboxfan.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com